Peraturan

I. Topik umum


1. Pendaftaran

Permainan “Perang Khan” buat masa kini berasas dalam bentuk laman web adalah dalam tahap percubaan “beta”. Pendaftaran adalah percuma dan hanya satu syarat yang diperlukan oleh setiap pemain adalah untuk bersetuju segala peraturan yang diberi.

2. Akaun
Setiap orang hanya diberi 1 akaun untuk bermain dalam satu mainan Dunia.

3. Permainan, forum, IRC
Forum yang beralamat web forum.hanovete.com  dan server IRC irc.hanovete.com adalah laman rasmi bagi permainan “Perang Khan”. Semua serangan kepada dua laman tersebut dikira melanggar peraturan dan boleh diberi hukuman di luar dan di dalam permainan.

 

II. Sekatan dan Hukuman

1. Multiaccounting

1.1 Multiaccounting berlaku sekiranya satu pengguna mencipta lebih dari satu akaun. Kaedah ini adalah dilarang dan akan dihukum tanpa sebarang amaran – hukuman adalah membuang semua akaun yang dicipta oleh pemain. Hukuman tersebut menglibatkan semua akaun sama ada dengan markah 0 atau yang sudah dibuat.

1.2 Pemain yang menggunakan komputer ataupun alamat IP yang sama mesti memberitahu pentadbir permainan(admin) selepas pendaftaran melalui support.hanovete.com  atau dalam forum permainan. Pemain yang belum memberitahu pentadbir yang mereka akan bermain dalam satu komputer/IP akan dikira sebagai memecah peraturan dan akan dihukum. Semasa bermain dengan satu komputer/IP, pemain-pemain tidak diberi hak untuk:

  • Menghantar belakan kepada akaun dari komputer sama.
  • Menolong dalam apa jua cara kepada akaun dari komputer sama.
  • Menyertai aksi pembalasan atau menyerang dengan akaun lain dari komputer sama kepada parti ketiga.
  • Menggunakan lebih dari satu akaun pada masa yang sama dengan komputer sama.
  • Menghantar apa jua serangan antara mereka (selain dari mengintip dan meronda)

 * Pengecualian boleh diberi sikiranya serangan tidak sampai ke destinasi (dipanggil balik sebelum sampai)

 1.3 Sekiranya berlaku mana-mana 2 antara yang diberi dibawah boleh dianggap sebagai “multiaccounting”:

  • Menghantar bekalan kepada satu istana, di mana boleh dicapai melalui satu and lebih serangan.
  • Serangan berturut dengan askar saiz kecil dengan objektif mencipta tanah untuk “Gathering” oleh istana yang diserang.
  • Mencipta akaun lebih untuk mengintip bertujuan untuk menyelamatkan akaun utama dari melatihkan “quickwalkers”.
  • Mengambil bekalan melalui beberapa akaun dengan objectif menghantarkannya kepada akaun utama.

Ini hanya adalah beberapa contoh yang boleh dikira sebagai multiaccounting.

 

2. Pengasuhan

Pangasuhan adalah memasuki satu akaun melalui beberapa IP dari pemain lain yang mempunyai akaun ataupun yang tiada, tidak kira masa yang diambil atau apa-apa alasan. Segala login dan semua IP dan informasi lain dari mana layaran akan direkodkan (yang tidak memecah sebarang peraturan). Mengikut peraturan, pengasuhan adalah dilarang dan akan dihukum dalam cara tersebut:

2.1 Hukuman pertama dengan melarang akaun dengan ketidakbolehan menyerang selama 48 jam. Dalam masa ini pemain wajib berbincang dengan pentadbir permainan dan menjelaskan kelakuannya.

2.2 Hukuman kedua dengan melarang akaun dari dimain selama 5 hari dan juga dibuka untuk serangan dari luar.

2.3 Hukuman ketiga dengan melarang akaun dari dimain selamanya dan juga dibuka untuk serangan dari luar.

2.4 Sekiranya akaun ditukarkan/diberikan kepada pemilik baru, penukaran nama login dan e-mail adalah disyorkan. Pemain yang mengambilalih akaun tersebut boleh menukarkan status akaun lamanya kepada mod cuti sehingga akaun tersebut dibuang kerana ketidakaftifan. Sekiranya pemain ditangkap memasuki akaun lamanya selepas mengambil-alih akaun baru akan dikira sebagai “multiaccounting” dan akan dihukum. Pemain-pemain yang mengingkari peraturan tersebut adalah bertanggungjawab untuk kelakuan sendiri dan pentadbir permainan boleh memilih untuk tidak mengendahkan masalah yang boleh muncul kemudian.

2.5 Menjual akaun adalah dilarang dalam permainan. Penukaran dengan wang adalah juga dilarang.


3.”Bugs” dan pelanggaran ke dalam sistem permainan.

Bugs dikira sebagai kelemahan atau kesalahan yang terlibat di dalam skrip permainan yang membolehkan seseorang pemain untuk mencapai sesuatu yang tidak biasa dialami dari peraturan permainan ataupun sesuatu kaedah yang boleh memberi masalah kepada pelayan  permainan atau pekerja dan/atau program mencapai tujuan tersebut.

3.1 Sekiranya pemain mangalami sebarang 'bug' di dalam permainan, pemain digalakkan untuk memberi segala laporan kepada pentadbir. Pemain boleh dihukum sekiranya beliau tidak membuat laporan dan ditangkap menggunakannya.

3.2 Sekiranya pemain menggunakan 'bug' yang sudah dilaporkan yang masih belum dibaiki, askar pemain akan dikurangkan kepada setengah.

3.3 Sekiranya pemain mendapat cara untuk memecahkan pelindung sistem dan sengaja memberi masalah dengan proses sistem, akaun beliau akan dipadamkan.

Pentadbir permainan menyimpan hak membuat laporan dan tuntutan untuk sebarang kerosakan, menigkut kepada sumber kerosakan dan pengeluaran pentadbir.

4. Bots

Bots dikira sebagai skrip automatik dalam segala bentuk yang boleh membuat aktiviti simulasi di dalam satu account(kecuali skrip automatik yang dicipta di dalam permainan). Menggunakan bot dalam apa jua cara adalah amat dilarang dan akan dihukum dengan beberapa cara: sekiranya seorang pemain ditangkap menggunakan bot, hak pemain untuk menggunakan akaun tersebut akan dibekukan sehingga tamat satu pusingan. Kakitangan permainan akan memerhatikan akaun tersebut kemudiannya. Pentadbir permainan ada hak untuk menghukum seseorang pemain dari sebarang aktiviti selama lebih 20 jam sehari atau 4 atau lebih hari yang selebihnya.


5. Pemerasan dan penghinaan

Segala pemerasan, penghinaan atau ancaman (fizikal, bukan virtual) yang dihantar kepada pemain akan dibekukan akaun pemain yang menghantarkannya sama ada secara beberapa tempoh atau selamanya. Pentadbir boleh juga membuat keputusan untuk menghentikan pemain dari menggunakan forum, server IRC ataupun salurannya.

5.1 Atas kesalahan pertama, akaun pemain akan dibekukan selama 5 hingga 24 jam dengan tiada peluang untuk diserang.

5.2 Atas keasalahan kedua, akaun pemain akan dibekukan selama 5 hari dengan tiada peluang untuk diserang.

5.3 Atas keasalahan ketiga, akaun pemain akan ditutup selamanya dan dibuka dari serangan.


 6. Hukuman

Bagi pengecualian untuk point 1 hingga 6 dari peraturan yang diberi, kelakuan yang lain yang boleh dihukum adalah:

6.1 Percubaan untuk membuat pemain dari kakitangan permainan dalam situasi yang sukar denga motif mendapat lebih keuntungan dari permainan tersebut.

6.2 Percubaan dalam segala cara untuk mendapat maklumat peribadi pemain lain, seperti kata laluan ataupun kod lain yang tidak sepatutnya digunnakan. Membuat laporan luaran tentang serangan ataupun pengintipan tanpa kebenaran dari kedua parti juga dihukum.

6.3 Tanpa mengikut peraturan permainan dengan 1 komputer menggunakan program penutupan IP, penggunaan server proxy dan lain-lain.

6.4 Penggunaan nama tidak senonoh dan menghinakan dan dalam IRC.

6.5 Penggunaan nama dan gambar tidak senonoh dan menghinakan di dalam forum.

6.6 Penghinaan atau ancaman kepada kakitangan permainan ataupun pemain lain, tidak kira masa, tempat and cara. Kakitangan permainan mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri tanpa menerangkan kepada mana pihak ketiga.

6.7 Penghinaan atau ancaman terhadap sesiapa dari kakitangan permainan. Hukuman tersebut boleh dilaksanakan terhadap setiap pemain, tidak kira berapa sumbangannya kepada permainan ini.

6.8 Pamerkan url yang disembunyikan

Kakitangan permainan mempunyai hak untuk menghukum tanpa pemberitahuan pemain.

Hukumannya adalah:

  • Pembekuan akaun sementara dalam saluran IRC
  • Penghentian akaun dalam saluran IRC
  • Penghentian hak menulis di dalam forum permainan untuk sementara
  • Penghentian tetap hak menulis di dalam forum permainan
  • Penghentian sementara dalam memasuki forum permainan
  • Penghentian tetap dalam memasuki forum permainan
  • Penghentian sementara untuk menulis mesej di dalam permainan
  • Penghentian tetap untuk menulis mesej di dalam permainan
  • Penghentian sementara dari permainan dengan istana tidak boleh diserang
  • Penghentian sementara dari permainan dengan istana boleh diserang
  • Penghentian tetap dari permainan dengan istana boleh diserang
  • Penghapusan akaun pemain
  • Jika adanya bukti ‘multiaccounting/babysitting’, penghapusan semua akaun termasuk di dalam hukuman tersebut
  • Penghentian dari semua mesin yang berkaitan dengan permainan.

Bukti dalam konteks ini bermaksud bahawa kakitangan boleh mengangapnya sebagai kesalahan. Kakitangan tidak perlu memberi penjelasan tentang keputusannya.

Nota: Soalan mengenai penghentian akaun atau penghalangan akses hanya diterima melalui email ke support.hanovete.com atau dipaparkan in dalam forum permainan. Penggunaan bahasa tidak senonoh atau memaparkan permintaan beberapa kali selepas satu permintaan telah diterima tidak akan diberi toleransi.


7.   Pengiklanan

Semua jenis pengiklanan tanpa pengesahan adalah tidak debenarkan (dalam informasi ‘clan’, istana ataupun kata nama), tidak kira sama ada ia adalah dalam bentuk ayat ataupun ‘banner’, ‘link’, gambar, avatar, dan lain-lain.


8. Pertempuran, disenga
jakan untuk menambahkan pengalaman pemain.

Pertempuran, disengajakan untuk menambahkan pengalaman pemain( pertempuran tersebut akan dianalisis oleh pentadbir permainan dan pencipta program) akan dihukum penghentian akaun tidak kira alasannya. Pemain akan dihukum tanpa amaran dan tiada serangan atasnya.


III. Laporan

1. Laporan pemain

 Laporan pemain dalam segala jenis kesalahan di dalam forum permainan atau atas alamat-alamat berikut:

http://support.hanovete.com
http://xs-software.com/contacts.php.

Jikalau laporan disahkan palsu, untuk objektif menghukum seseorang musuh, pemain tersebut yang membuat laporan akan dihukum.


2. Melapor kepada kakitangan permainan

Jika seseorang pemain mempunyai keraguan tentang kerja seorang kakitangan, dia(mereka) boleh memohon untuk membuat pemeriksaan atas kakitangan tersebut. Pemohonan hanya boleh dipaparkan di dalam forum permainan. Jika kakitangan disabit kesalahan, hukuman akan dijatuhkan kepadanya dengan menghentikan semua akses dalam permainan dengan mengalihkan dia dari kakitangan permainan.

*Semua laporan akan diambil kira sekiranya ditulis dalam bahasa yang diterima.


IV. Tambahan

1. Pemeriksaan keputusan pentadbir

Semua kerja seorang moderator boleh dibatalkan oleh moderator yang sama ataupun dari pentadbir.


2. Pampasan

2.1 Jika ada pemain yang menjadi korban akibat kemalangan dalam permainan atau kesalahan kakitangan, dia akan diber pampasan.

2.2 Jika pemain cuba mengabaikan keputussan moderator dengan meminta moderator lain, pemain tersbut akan dihapuskan dari permainan. Pengecualian diberi sekiranya pemain mencari pentadbir permainan.


3. Keberatan

Semua keberatan yang tidak diterangkan dari peraturan permainan boleh disabit hukuman dari hukuman atas ataupun larangan dari permainan. Tertakluk kepada tingkat langgaran, hukuman bukan sahaja digunakan dalam permainan “Perang Khan” tetapi kepada mana-mana servis yang diberi, termasuk IRC dan forum permainan. Kakitangan Perang Khan setujui untuk menghakimi kes berikut dengan cara yang paling baik.


4. Kes penggambarran yang tidak jelas

 Pentadbir permainan mempunyai hak untuk menghukum sesiapa pemain yang melanggar peraturan ataupun bermain dengan tidak adil, dalam apa jua cara yang belum diberi di atas.


V. Sumbangan

Semua sumbangan kepada syarikat XsSoft Ltd., tidak kira melalui SMS atau apa jua cara, tidak boleh dipampas kembali. Sekiranya satu akaun dihukum akibat melanggar peraturan, kakitangan permainan boleh tidak mengendahkan pengambilan mata wang dari akaun tersebut kepada akaun baru ataupun memberi balik pemain tersebut dalam apa-apa cara.

Akaun yang memberi sumbangan kepada permainan ialah penderma. Ia adalah secara sukarela dan tidak mempengaruhi kakitangan dalam apa jua cara. Setiap sumbangan memberi akaun tersebut mata wang, yang membolehkan pemain mendapat peluang atau keuntungan lebih dalam masa tertentu. Penderma tidak membolehkan pemain mendapat layanan lebih diutamakan berbanding pemain lain dan tidak diberi kelayakan untuk mengambil pampasan bagi sebarang jenis dari kakitangan setelah dihukum untuk melanggar peraturan-peraturan yang diberi.


VI. Kakitangan pasukan permainan

Kakitangan permainan tidak dibenarkan bermain dalam permainan tersbut, tidak kira apa jua kata nama yang digunakan. Kakitangan juga tidak dibenarkan memasuki permainan melalui akaun pemain. Pengecualian hanya diberi sekiranya kakitangan mempunyai kuasa dalam forum. Kakitangan:

  • tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan (tidak peduli jika disambungkan dengan permainan dengan cara apapun) kepada pengguna sebagai keputusan untuk menyertai dalam permainan.
  • tidak bertanggungjawab atas masalah dengan enjin permainan yang menyokong permainan atau permainan itu sendiri.
  • mempunyai hak untuk pampasan pemain yang menderita daripada tindakan kakitangan.
  • mempunyai hak untuk melakukan pembetulan dalam permainan dan semua aspek tanpa amaran.
  • mempunyai hak untuk menukar peraturan dengan amaran diberi kepada pemain dengan mesej dalam permainan atau dalam forum.
  • mempunyai hak untuk menyekat akses kepada permainan ketika diperlukan. Juga berlaku untuk pemeriksaan sokongan yang direncanakan maupun kemalangan.

 

VII. Hubungi Kami

Satu-satunya borang rasmi untuk menghubungi kakitangan permainan di laman web ini: http://support.hanovete.com. Anda juga boleh menggunakan forum permainan http://forum.hanovete.com/ atau menghubungi pelayan IRC dengan menukarkan agen IRC anda ke irc.hanovete.com: 6667 dalam saluran #hanovete, tetapi kakitangan tidak berkewajipan untuk menjamin anda dengan kehadiran atau menjawab soalan anda.

 

VIII. IRC

Server IRC adalah rasmi bagi permainan “Perang Khan”:

  • Permainan mempunyai server IRC sendiri, di mana anda boleh menemui kakitangan permainan.
  • Server tidak disambungkan ke rangkaian IRC yang lain dan beroperasi bersendirian.
  • Server dilindungi oleh “Open Proxy Monitor”. Bot ini boleh mengakibatkan menyekat akses dari host, di mana yang disebut “Open Proxy Ability” dijumpai.
  • Kebanyakan ahli kakitangan boleh diiktiraf oleh kata nama "@hanovete." Pada awal nama laman dan kata nama mereka kemudiannya.
  • Tidak lama lagi automatik pembuat saluran untuk setiap klan baru  akan diaktifkan di mana pemimpin klan akan memiliki peringkat tertinggi. Jika ia tidak dapat atau tidak ingin mengendalikan saluran yang ia dapat memberi tugas kepada sesiapa sahaja yang dia dikira baik untuk mengendalinya.
  • Setiap klan saluran mempunyai hak untuk menempatkan politik sendiri bagi penggunanya selama tidak bertentangan dengan peraturan-peraturan asas layanan IRC.
  • Pendaftaran saluran adalah dilarang untuk pengguna. Saluran yang tidak berdaftar dan di mana pengguna berkumpul harus ditutup oleh pentadbir. Hukuman yang mungkin bagi para pengguna, terutama jika itu adalah kesalahan dibuat kali kedua.
  • Membanjiri laman dengan banyak proses adalah dilarang dalam semua jenis pelayan.
  • Menconteng, menipu dan membuat pengiklanan dilarang dalam semua jenis pelayan.
  • Fungsi menjemput juga adalah dilarang (menjemput pengguna ke saluran lain di mana mereka tidak patut berada).
  • Bots dilarang di dalam saluran rasmi. Tetapi sebaliknya bagi saluran klan bergantung pada klan tertentu. (Jika diberi amaran, ahli pentadbiran akan mengurus masalah sehingga mereka mengelakkan masalah lebih lanjut dengan saluran).
  • Kemasukan "perang-bots" adalah sangat dilarang.
  • Klon juga dilarang - menyertai banyak klien dari satu host.
  • Pemalsuan dan / atau perubahan dari host adalah dilarang untuk orang yang tidak terdiri daripada kakitangan permainan.
  • Arahan / link dengan otomatik adalah dilarang.
  • Kakitangan minta maaf atas mesej-mesej yang mengganggu, / permintaan  ctcp dan juga / kill-s dari pelanggan. Ketika peraturan pelayan sudah digunakan tidak boleh dielakkan.
  • Jika anda memerlukan operator IRC, tulis dan bertanya untuk melihat mana yang sedang online dan hantar mesej kepadanya (/ msg). Status 'idle' untuk masa yang lama dalam saluran tidak bererti mereka tidak akan menjawab anda.


IX. Forum

Situasi biasa dialami:

Forum adalah rasmi bagi permainan "Perang Khan".

Tiada seorang yang berkewajipan untuk mengungkapkan pendapat mereka kepada topik perbualan apa pun, termasuk moderator dan pentadbir. Segala penyertaan dalam forum permainan adalah secara sukarela dan semua pengguna mempunyai hak untuk melakukan apa yang orang lain telah diminta. Maklumat dalam "Perang Khan" telah diberikan, tidak diperlukan.

1.Membuat topik baru

1.1. Tajuk baru topik harus memberi gambaran sejelas mungkin dan dalam rujukan dengan bahagian daripada forum di mana ia dibuat. "Gambaran" bererti lebih dari kata-kata kunci, bukan seluruh ayat.

1.2. Perulangan topik: Ketika seorang pengguna ingin menghantar topik baru beliau berkewajipan untuk mencari di “cari” untuk memeriksa jika adanya topik yang sudah dibuka ataupun yang bermakna sama. Membuat rujukan kepada topik yang same maksudnya akan dihukum mengikut peraturan yang ke-7.

1.3 Keaslian topik: Semasa topik baru dibuka, pengguna yang membuka topik tersebut perlu melihat sama ada topik yang ditulis berkenaan dengan topik lain di dalam seluruh forum yang mahu dibuka. Dalam setiap seksyen topik ada bebarapa sekatan (ditulis di dalam topik di atas seksyen yang kerapkali dipanggil “Topik Penting”).

1.4 Pencipta topik: setiap pengguna yang membuat topik baru adalah pencipta topik tersebut. Pencipta boleh menentukan margin di mana perbincngan akan dibuat mengikut ayat pertama di dalam topik. Ia boleh dari membuat pertanyaan yang sederhana, atau sebuah lengkapan yang beri lebih penerangan dari topik, dan lain-lain. Pencipta boleh menghubungi kakitangan forum melalui mesej peribadi (atau dengan menekan butang "laporan") dan  meminta penghapusan atau perubahan daripada suatu ayat ditulis di topik sekiranya hal itu tidak berkaitan dengan topik. Kakitangan akan membuat pengadilan sama ada permintaan itu ialah objektif dan akan membuat keputusan menigkut situasi yang lebih baik.


2.Menjawap dalam topik

Sebelum menulis jawapan baru anda berkewajipan untuk menyemak jika jawapan tersebut dalam rujukan dengan topik. Membuat jawapan luar topik tidak hanya akan dihukum dengan pemadaman tetapi juga akan menolak akses anda ke forum.


3. Bahasa dan tatatertib

Segala perbincangan yang diadakan hendaklah secara tertib dan berhormati. Debatan dengan kasar adalah dilarang dan akan dihukum berat. Perangai yang tidak beretika, kasar dan sikap ironis tidak akan diberi toleransi, akan dihapuskan dan hukuman akan diberi. Seksis dan / atau mengejek bangsa juga sama sekali dilarang. Jika pengguna mengulang pendapat sebelumnya, kerana itu akan dianggap membanjiri forum dan usaha untuk membungkam perbincangan dengan menjerit – akan juga dihukum. Pengunaan ikon, gambar, warnaan, kepekatan ayat dan membesarkan ayat secara lebih juga tidak diberi tolenransi.


4. Pengiklanan

Hal ini adalah dilarang untuk memberi ulasan tentang dan objek/subjek/kumpulan, yang disengajakan mengiklankan sebuah produk/jasa, mencari bantuan dengan ganjaran wang atau mencari/menawarkan/mengedarakan maklumat haram tentang kumpulan/syarikat/orang.


5. Gambar

5.1 Gambar-gambar yang menggambarkan imej  kekejaman dan lain-lain yang boleh menyingungkan perasaan orang lain tidak dibenarkan.

5.2 Gambar ataupun 'avatar' yang mengikuti peraturan 5.1 tidak boleh melebihi 120 piksel dagi segi ketinggiannya. Suasana haruslah secara tertib dan tidak melanggar peraturan dengan melebihkan memekat dan mewarna ayat.


6. Tindakan kakitangan ketika peraturan forum dilanggar

Setiap pemain atau pengguna yang disabit kesalahan melanggar peraturan boleh dihukum dengan penghapusan atau pengubahan topik, tidak kira satu ayat, atau lenkap, tanpa amaran. Pesalah akan diberi mesej peribadi dari kakitangan secara otomatik meningkatkan tahap amaran(%) dan kemudianya akan ditolak hak pengguna untuk jangka waktu tertentu atau akan ditangani dengan cara lain berdasarkan keputusan daripada kakitangan forum dan pentadbiran.

Semua pengguna atau pemain diwajibkan untuk mematuhi peraturan dengan pendaftarannya. Walaupun forum adalah hanya sukarela jadi kakitangan forum menganggap semua pengguna yang mempunyai pendaftaran sepatutnya akrab dengan peraturan dan tahu fasih dan tahu mengikuti peraturan yang diberi.


7. Maklumat mengenai sekatan akibat melanggar peraturan forum

Setiap pengguna yang telah diluluskan mempunyai hak untuk menghubungi seorang ahli kakitangan (melalui mesej peribadi) dan mendapat tahu mengapa dia dihukum. kakitangan tidak berkewajiban untuk menjelaskan tindakan-tindakan dan motif - ini hanya mungkin secara sukarela.


8. Seksyen pendapat

Sebelum anda membuat pendapat baru semak dahulu sekiranya ia telah dikemukakan. Seperti hal di bahagian lain menggambarkan tajuk di sini diperlukan. Semakin baik cadangan anda, semakin baik peluang pendapat untuk itu diperhatikan. Pendapat itu seharusnya disertai dengan soalan yang betul dan jawapan yang dipilih adalah sederhana dan senang dijawab. Jika jawapan pemain lain adalah negatif terhadap cadangan anda maka cadangan tersebut akan ditolak secara otomatik. Jika diluluskan oleh pemain maka permainan kakitangan akan member komen tentang itu dan mungkin muncul di permulaan permainan berikutnya. Jika cadangan tersebut diluluskan oleh pemain itu ia akan muncul di restart berikutnya. Jika ada cadangan tidak mengikuti peraturan maka mereka akan disekat dan dihapuskan.


IX. Pengguna

Dengan mendaftarkan sebuah akaun pengguna menyatakan bahawa mereka telah membaca peraturan ini dan bersetuju dengan isinya, bersetuju untuk mengikuti peraturan dan untuk menerima hukuman sekiranya kakitangan memutuskan jika diperlukan. Mereka mewajibkan diri untuk   menyemak perubahan dalam peraturan dengan kerap. Tidak menyedari peraturan diberi bukan alasan kepada yang telah melanggarnya. Para pengguna bertanggungjawab atas maklumat peribadi mereka dan tidak berkongsi kepada mana-mana ahli kakitangan - sekarang atau sebelumnya. Jika telah diberi kepada kakitangan permainanm, mereka tidak akan bertanggungjawab.

 

 

Hak milik permainan XsSoft Ltd (http://xs-software.com/)

Hak teks ini milik XsSoft Ltd dan produksi ulang dilarang tanpa perjanjian tulisan kami.

Topik yang direkomenkan